Senin, Desember 12, 2011

Tidak Ada Fidiyah Bagi Orang Yg Sudah Meninggal

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan

bahawa:

a) Tiada qadha" dan tiada fidyah bagi sembahyang yang ditinggalkan oleh orang

yang telah meninggal dunia berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Malik bin Anas dalam kitab al-Muwatta " daripada Ibn "Umar radhiyallahu

"anhuma:

َﻻ ُﻡْﻮُﺼَﻳ ٌﺪَﺣَﺃ ْﻦَﻋ ٍﺪَﺣَﺃ ْﻰِّﻠَﺼُﻳ َﻻَﻭ ٌﺪَﺣَﺃ ْﻦَﻋ ٍﺪَﺣَﺃ .

b) Tidak harus mengambil upah membaca dan mengkhatamkan al-Qur "an bagi

orang yang telah meninggal dunia berdasarkan hadith:

ﺍﻭُﺃَﺮْﻗِﺍ َﻥﺁْﺮُﻘْﻟﺍ َﻻَﻭ ﺍْﻮُﻠْﻐَﺗ ِﻪْﻴِﻓ ، َﻻَﻭ ﺍْﻮُّﻔِﺠَﺗ ُﻪْﻨَﻋ ، َﻻَﻭ ﺍْﻮُﻠُﻛْﺄَﺗ ِﻪِﺑ ، َﻻَﻭ ﺍْﻭُﺮِﺜْﻜَﺘْﺴَﺗ .

c) Sebarang pemungutan wang atau sumbangan- sumbangan lain bagi apa-apa

maksud khairat orang Islam oleh mana- mana orang atau kumpulan orang tanpa

kebenaran daripada pihak Majlis Agama Islam Melaka adalah berlawanan dengan

seksyen 94, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Oleh yang

demikian, ia menjadi suatu kesalahan dan pihak yang menjalankan aktiviti

tersebut tanpa kebenaran Majlis boleh dikenakan tindakan undang- undang.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Negeri: * Melaka

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/program-pembayaran-fidyah-sembahyang-dan-khatam-al-qur


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tidak ada komentar:

Posting Komentar