HADIS-HADIS MENGENAI ISTERI YANG SOLEHAH..
Kepada setiap wanita yang sudah bersuami, atau yang bakal membina
rumah tangga serta peringatan kepada diri sendiri juga.. Perhatikanlah
betapa tingginya darjat suami kita terhadap kita dan jangan sesekali
meremehkannya. Juga, lihatlah betapa tingginya ganjaran buat para
isteri..
Rasulullah S.A. W bersabda:
“Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah
wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)
“Apabila seseorang wanita solat 5 waktu sehari, berpuasa pada bulan
Ramadhan, menjaga kemaluannya dan MENTAATI SUAMINYA maka
akan dikatakan kepadanya: Masukilah syurga dari mana-mana pintu
yang kau kehendaki.” (Riwayat Ahmad dan dihukum Sahih oleh Al
Albaani)
“Kalau saja aku boleh menyuruh seseorang untuk bersujud kepada
orang lain, nescaya aku akan menyuruh para wanita untuk bersujud
kepada suami mereka. Seorang wanita itu belumlah memenuhi
seluruh hak Allah terhadapnya sampai ia memenuhi seluruh hak
suaminya terhadapnya. Iaitu kalau suaminya menginginkan dirinya
sedang ia berada di atas pelana, maka ia akan memenuhi keinginan
suaminya itu.” (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan yang lain dengan
lafaz yang mirip. Dan dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam “Ash
Shohiihah” 1203.)
Rasulullah S.A. W juga bersabda:
“Kalau saja kedua lubang hidung suaminya mengeluarkan darah dan
nanah, kemudian ia jilati dengan lidahnya, ia belumlah memenuhi
hak suamimu itu. Kalau sahaja manusia itu pantas bersujud kepada
seorang manusia lain, maka aku akan menyuruh para wanita untuk
bersujud kepada suami mereka ketika para suami itu masuk
mendatangi mereka karena keutamaan yang telah Allahberikan
kepada para suami di atas para istri.”
Dikeluarkan oleh Al Hakim dan yang lain. Ia berkata: isnadnya shahih
namun tidak dikeluarkan oleh Bukhori dan Muslim.
ISTERI ADALAH PEMIMPIN DI RUMAH SUAMI
Wanita yang beragama berupaya mendidik anak- anaknya dengan
sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah
suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan
didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-
anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi,
suami yang meninggalkan anak- anaknya bersama isteri kerana mencari
rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi
beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya
dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah.
Sabda Rasulullah s.a .w:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya
terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan
akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah
pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang
dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan
ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah
pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” (Riwayat
al- Bukhari dan Muslim)
PARAS RUPA, HARTA BENDA & KEDUDUKAN TIDAK KEKAL
Kecantikan paras rupa, harta benda dan darjat keturunan tidak akan
berkekalan. Namun, kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagi
hayat dikandung badan. Sehinggalah ia membawa pelakunya ke syurga.
Antara kelebihan wanita solehah ialah akan sentiasa menghiburkan hati
suami, redha dan menghargai pemberian suami serta sanggup bersama
suami sama ada ketika susah mahupun senang. Ini kerana, agama
menuntut dia melakukan demikian.
Sebuah riwayat menceritakan:
“Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a. w kerana hajat
tertentu. Apabila selesai, Rasulullah s.a. w bertanya: Adakah kamu
mempunyai suami? Dia menjawab: Ya. Sabda baginda: Bagaimanakah
kamu dengan dia? Dia menjawab: Aku tidak melalaikan haknya
melainkan jika melibatkan apa yang tidak mampu kulakukan. Sabda
baginda: Kamu perlu lihat keadaan kamu daripadanya.
SESUNGGUHNYA SUAMIMU ADALAH SYURGA DAN NERAKAMU..” –
Riwayat Ahmad dan al- Nasaai dengan sanad yang baik.
Wanita solehah memahami hak suami. Dia berusaha menunaikan semua
hak itu semata-mata kerana mengharapkan redha ALLAH. Apa sahaja
masalah rumah tangga yang dihadapinya akan ditangani secara baik dan
terbuka. Dia juga bersedia menerima segala sikap baik dan buruk suami.
Serta memohon petunjuk ALLAH agar dipermudahkan segala masalah
yang dihadapinya ketika melayari hidup berumah tangga. Dia tidak akan
sekali- kali membuka rahsia suami kepada orang lain terutamanya yang
melibatkan rahsia di tempat tidur mereka.
Sabda Rasulullah s.a .w:
“Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi ALLAH
pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan
isteri yang mendatanginya, lalu salah seorang mereka mendedahkan
rahsia pasangannya.” – Riwayat Muslim.
Mereka sentiasa gembira dan ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri
semata-mata kerana ALLAH dan yakin terhadap sabda Rasulullah s.a .w
bahawa seorang wanita yang melakukan solat lima waktu, puasa
Ramadan, menjaga kemaluan dan mentaati suami, dia boleh masuk syurga
melalui mana- mana pintu yang disukainya. (Hadis sahih riwayat Ahmad
dan al- Tobrani).
Oleh itu, segala perintah agama dilaksanakan sepenuh hati semata-mata
kerana ALLAH. Muslimah yang baik sentiasa memahami
bahawa ketaatan yang diberikan kepada suami adalah sebagai
melaksanakan perintah ALLAH. Asalkan ketaatan itu bukanlah yang
bertentangan dengan syariat dan hukum ALLAH. Setelah itu dia akan
diberikan pahala yang tidak terhingga banyaknya.. Keengganannya
berbuat demikian mengundang laknat dan kemurkaan ALLAH.
TIDAK MENOLAK PERMINTAAN SUAMI
Wanita solehah tidak akan sekali- kali mengabaikan permintaan suaminya
di tempat tidur. Dia sentasa berwaspada terhadap sabda Rasulullah s.a .w
yang menyebut:
“Demi yang jiwaku di tangan- NYA, mana-mana suami yang
memanggil isteri di tempat tidur, lalu isteri itu enggan memenuhinya,
maka segala yang ada di langit dan bumi akan murka terhadapnya
sehinggalah suaminya redha kepadanya.” – Riwayat Muslim.
Dia juga memahami bahawa permintaan suaminya itu wajib dipenuhi
segera dan tidak boleh ditangguhkan walaupun ketika itu dia sedang sibuk
di dapur atau berada di atas kenderaan.
Permintaan yang ditunaikan itu dapat menjaga dan membantu suaminya
menghindari segala bisikan dan runtunan syahwat yang melanda
fikirannya. Dan menenangkan jiwa suaminya. Dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a .w bersabda:
“Apabila salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan
hal itu berbekas dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan
isteri dan menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala
perasaan yang ada dalam dirinya.” - Riwayat Muslim.
Hal ini amat berbeza sekali dengan wanita yang tidak memahami
tuntutan agama. Mereka sewenang-wenangnya menolak permintaan
suami dan menganggap perbuatan itu tidak mendatangkan sebarang dosa.
Mereka sewenang-wenangnya memberi alasan penat atau sebagainya.
Amaran dan ancaman laknat ALLAH dan malaikat terhadap perbuatan itu
langsung tidak berbekas dalam hatinya.
Wanita solehah yang memahami kewajipan itu akan berusaha sebaik
mungkin menjalankan tanggungjawabnya. Sepenat manapun, dia akan
berusaha menunaikan segala permintaan suami. Ini kerana, redha
ALLAH kepadanya terletak pada redha suami terhadap dirinya.
MENJAGA BATAS PERGAULAN
Isteri solehah sentiasa memelihara auratnya ketika berurusan dengan
lelaki yang bukan mahram. Cara percakapan dan akhlak sentiasa diawasi
agar tidak melanggar batasan syarak. Dia tidak bercakap melainkan
perkara yang baik. Jauh sekali mengumpat dan mengeji orang lain.
Larangan mengumpat, menghina dan mengejek orang lain yang
dinyatakan dengan jelas oleh al- Quran dan sunnah sentiasa terpahat
dalam hatinya.
Isteri solehah membimbing dan menasihati suami dalam melakukan apa
yang terbaik untuk agama dan rumah tangga. Juga memberikan
pandangan yang bernas terhadap dakwah dan kerjaya suami. Wanita
pertama yang menjadi contoh terbaik dalam hal ini ialah Khadijah binti
Khuwailid, isteri pertama Rasulullah s.a .w. Beliau merupakan orang
pertama yang beriman, membenarkan, menyokong, berkoran jiwa dan
raga serta sentiasa bersama baginda di saat-saat sukar baginda dalam
menyampaikan dakwah.
Segala kebaikan, sokongan dan pengorbanan beliau ini mendapat
pengiktirafan dan penghargaan daripada ALLAH S.W. T. Sehinggakan
ALLAH dan Jibril berkirim salam kepada beliau dan menjanjikan sebuah
mahligai untuknya di syurga kelak. Hal itu adalah penghargaan ALLAH
terhadap segala kebaikan, layanan dan pengorbanannya buat suami
tercinta.
Abu Hurairah menceritakan ketika saat wahyu mula-mula turun di mana
baginda selalu bertahannuts di Gua Hirak:
“Jibril mendatangi Nabi s.a. w lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini
Khadijah telah mendatangimu. Bersamanya ada bekas yang berisi
lauk, makanan atau minuman. Apabila dia mendatangi kamu, maka
sampaikanlah kepadanya salam TUHANnya dan daripadaku dan
berilah khabar gembira kepadanya tentang sebuah mahligai di dalam
syurga yang dibina daripada emas. Tidak ada kesusahan dan
keletihan di dalamnya.” – Riwayat al- Bukhari dan Muslim.
SENTIASA KEMAS & BERSIH
Dia cintakan ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia menghadapi apa
juga cabaran hidup. Dia akan sentiasa menguruskan rumah tangga
mengikut apa yang dipelajari dan dididik kepadanya sejak kecil. Menjaga
akidah, amal ibadah, solat, puasa dan memastikan seluruh anggota
keluarganya mentaati perintah agama. Dia juga sentiasa berhias untuk
suaminya dan memastikan dirinya sentiasa kemas, bersih dan harum
ketika berada di hadapan suami.
Sabda Rasulullah s.a .w:
“Antara punca kebahagiaan anak Adam ialah memiliki isteri yang
solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. Antara
punca kecelakaan anak Adam ialah isteri yang jahat, rumah yang
tidak selesa dan kenderaan yang tidak elok.” – Riwayat Ahmad melalui
para perawi yang sahih.
Wanita solehah hanya berhias dan mempamirkan kecantikannya hanya
untuk suaminya. Dia tidak mempamerkan di hadapan suami melainkan
apa yang cantik dan wangi. Dalam sebuah riwayat diceritakan:
“Rasulullah s.a. w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda
menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila
disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga
harta kamu.” – Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-
Albani.
Malang sekali ramai di kalangan wanita memandang remeh perkara ini.
Mereka salah faham lalu mempamerkan diri di hadapan suami dalam
keadaan kusut masai, berbau, pakaian compang- camping dan sebagainya.
Lebih buruk lagi ada yang hanya berkemban sepanjang berada di rumah.
Sebaliknya apabila hendak keluar rumah, mereka berhias secantik
mungkin untuk dipamirkan kepada lelaki yang tidak berhak melihatnya.
Ini bukan sahaja tidak wajar, malah mengundang dosa besar dan musibah
terhadap keharmonian rumah tangga muslim.
SEHARUSNYA..
Maka sekiranya kita dah tahu dan yakin akan kewajiban terhadap suami,
maka hendaklah kita berusaha mendapatkan keredhaannya dengan
pelbagai cara.Dan berusahalah untuk menjadi sebagaimana seorang
wanita yang solehah iaitu Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah
S.A. W.. Yang memanjakan suaminya, yang meringankan bebannya ketika
menghadapi kerasnya kehidupan, yang memperhatikan kesukaan-
kesukaannya kemudian mewujudkannya, dan memudahkan kesulitan-
kesulitannya walaupun dengan mengorbankan dirinya sendiri.
“Jadilah orang yang sedemikian mengagungkannya, maka dia akan
menjadi orang yang sedemikian memuliakanmu.
Dan juga jadilah orang yang sedemikian menurutinya, maka dia akan
menjadi orang yang sedemikian lama dapat engkau dampingi.
Dan ketahuilah bahwasanya engkau tidak akan dapat meraih apa
yang engkau sukai sebelum engkau mendahulukan keredhaannya di
atas keredhaan dirimu sendiri dan mendahulukan keinginannya di
atas keinginanmu sendiri dalam segala hal yang engkau sukai ataupun
engkau benci . Dan semoga Allah menjadikan semuanya baik untukmu”
Minggu, November 27, 2011
ISTERI SOLEHAH, KEWAJIPAN TERHADAP SUAMI & GANJARAN ALLAH KEPADAMU.
Published with Blogger-droid v2.0.1
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar