Sabtu, Februari 04, 2012

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan
hal tersebut, jawab Baginda, 'Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia. '
2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000
lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan
orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w ) di dalam
syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan
amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.
8. Apabila memanggil olehmu kedua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih
dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a, 'Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua
ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, 'Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w , siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?' Jawab Rasulullah s.a.w ,
'Suaminya.' 'Siapa pula berhak terhadap
lelaki?'Jawab Rasulullah s.a.w , 'Ibunya.'
13. Wanita apabila solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, memelihara kehormatannya serta
kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah s.w.t
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah s.w.t .

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tidak ada komentar:

Posting Komentar