Sabtu, Februari 04, 2012

6 Jenis Wanita Malang

6 Jenis Wanita yang Malang

Pesanan untuk lelaki...

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan
yang ANANAH, yang MANANAH dan yang
HANANAH, dan jangan engkau kahwini yang
HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH.

1. Wanita ananah: Banyak mengeluh dan mengadu
dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat
sakit.

2. Wanita mananah: Suka membangkit-bangkit
terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, 'aku
membuat itu keranamu'.

3. Wanita hananah: Menyatakan kasih sayangnya
kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya
sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang
lain.

4. Wanita hadaqah: Melemparkan pandangan dan
matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya untuk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya.

5. Wanita baraqah: Ada 2 makna; 1. yang sepanjang
hari mengilatkan dan menghiaskan mukanya, 2. dia
marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkan bahagiaannya.

6. Wanita syadaqah: Banyak cakap tidak menentu
lagi bising.
Semoga Allah s.w.t jauhi dan pelihara saya dan
wanita sekelian dari sifat2 sedemikian. Amin..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tidak ada komentar:

Posting Komentar