1) Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi’ ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka Allah akan
mendatangkan hajatnya, terutamanya dalam urusan rezeki (tersebut dalam Khawasul Qur’an ).
2) Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi’ ah sesudah solat ‘Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis
maka didatangkan hajatnya, terutama keperluan rezeki. Ia dikatakan amalan yang mujarab.
3) Amalan mewiridkan Surah Al-Waqi’ ah. Baca Surah AlWaqi’ ah selama 40 hari berturut-turut,
jangan terputus. Pada setiap hari baca 40 kali. Allah akan memberi keluasan rezeki yang tidak
terbatas lantaran berkat surah Al-Waqi’ ah, insyaAllah.
4) Baca Surah Al-Waqi’ ah setiap selesai solat Isya’ dan Subuh sebanyak 3 kali. Allah akan
memberikan kekayaan dan melimpahkan rezeki yang tidak terbatas, insyaAllah.
5) Ada satu cara mustajab agar kita diberikan kekayaan secara mendadak oleh Allah berkat amalan
riadhat (tirakat) aurad Surah Al-Waqi’ ah. Cara melakukan riadhat ialah:
• Puasa selama 7 hari bermula hari Juma’at
• Selesai solat fardhu baca Surah Al-Waqi’ ah sebanyak 25 kali, diakhiri pada malam Juma’at.
• Pada malam Juma’at penghabisan, baca Surah Al-Waqi’ ah selepas Solat Maghrib sebanyak 25
kali. Kemudian lakukan ibadat amal hingga Isya’ . Sesudah solat Isya’ baca Surah Al-Waqiah 25 kali.
Setelah itu baca lagi 100 kali. Diikuti membaca Selawat 1000 kali.
• Sesudah itu, baca Surah Al-Waqi’ ah sebagai wirid 1 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh.
Mudah-mudahan Allah akan kabulkan hajat kita.
Ada orang yang melakukan riadhat setelah menerima penjelasan dari Al-Wali Al-Arif As-Syeikh
Ahmad Rashidi yang menerima ijazah dari Al-Wali Al-Arif Abil Abbas Al-Harisi berkata kepadanya:
“Wahai Syeikh, saya telah mengajarkan riadhat Surah Al-Waqi’ ah kepada beberapa orang, mereka
melakukan riadhat tadi. Maka Allah memberikan kekayaan kepada mereka..”
LATARBELAKANG SURAH AL-WAQIAH
Ia adalah surah yang diturunkan di Makkah sesudah Surah Taha. Ia mengandungi 96 Ayat.
Dinamakan Al-Waqi’ ah (hari kiamat) sempena perkataan Al-Waqi’ ah yang terdapat pada ayat
pertama surah. Isi kandungannya ialah berkaitan dengan huruhara di waktu terjadinya kiamat,
tentang Yaumul Hisab di mana manusia terbahagi kepada 3 golongan iaitu (1) yang bersegera
menjalankan kebaikan (2) golongan kanan (3) golongan celaka. Ia juga berisi bantahan Allah
terhadap orang yang mengingkari adanya Tuhan, hari berbangkit dan adanya hisab. Surah ini juga
menyebut bahawa Al-Qur’an berasal dari Luh Mahfuz, serta gambaran mengenai syurga dan
neraka.
ALLAH BERSUMPAH DENGAN KEMULIAAN AL-QUR’AN
Surah Al-Waqi’ ah adalah antara surah yang mana Allah menyatakan sumpahNya mengenai
kemuliaan Al-Qur’an , mafhumnya: “Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bahagian-
bahagian Al-Qur’ an. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu
mengetahui.” (Surah Al-Waqi’ ah 056:75-76) . Kemudian ia disambung dengan ayat berikut, secara
kebetulan pada malam sebelum ini saya telah menyediakan imej berikut untuk dipaparkan di
Megasutra. Subhanallah:
“Sesungguhnya Al-Qur’ an itu adalah bacaan yang sangat mulia. Pada kitab yang terpelihara (Luh
Mahfuz). Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan
semesta alam”. (Surah Al-Waqi’ ah 56:77-80)
.:: JUMLAH HURUF 55 : 999 JUMLAH ANGKA MUFRAD ::.
Kemudian Allah bertanya dengan firmanNya yang bermaksud: “Maka apakah kamu menganggap
remeh saja Al-Qur’an ini?” (Surah Al-Waqi’ ah 056:81)
Jika anda teliti Surah Al-Waqi’ ah, ia fokus kepada berita ghaib masa hadapan, iaitu tentang kiamat,
Yaumul Hisab, syurga dan neraka. Lantaran keyakinan kepada berita-berita ghaib yang belum
berlaku ini, mudah-mudahan Allah akan mengurniakan rasa cukup dan kaya pada hati kita masing-
masing dan hati kita tidak akan tersangkut pada segala kemewahan dan godaan dunia yang boleh
menyebabkan kita lupa. Sesungguhnya sebenar-benar kaya itu ialah kaya hati.
KESIMPULAN
Sekiranya kita faham dan menginsafi bahawa Allah sajalah yang memberi rezeki, mungkin akan
kuranglah rasa hasad dengki sesama kita dan kita akan lebih banyak bersyukur dan redha atas
ketentuanNya.
Dalam Surah Al-Fatihah Allah berfirman maksudnya: “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.” (Surah Al-Fatihah 001:5) Ini mengajarkan
kepada kita tentang kepatuhan dan ketundukan yang timbul dari keinsafan tentang kebesaran
Allah sebagai Tuhan yang disembah kerana kita berkeyakinan bahawa Allah mempunyai kekuasaan
yang mutlak terhadap diri kita.
Sama-samalah kita bermohon kepadaNya, mudah-mudahan Dia akan mengurniakan kepada kita
kekayaan dan kemurahan rezeki yang kita hajati itu agar ia jadi jalan untuk kita lebih bertakwa
kepadaNya. Sesungguhnya susah dan senang semua itu adalah ujian belaka. Yang penting ialah
apa saja yang Dia kurniakan kepada kita, mudah-mudahan Dia akan sentiasa meredhai kita.
Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.
Sumber: www.zaidimokhtar.com/amalan-hajat-memohon-rezeki/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar