Sabtu, Januari 14, 2012

Shalat Yang Tidak Diterima

Rasulullah S.A. W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara
solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan
barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak
menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat
baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A. W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh
Allah S.W .T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang- orang yang suka makan riba’ .
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A .W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak
dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W .T dan
jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari
melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap
orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan
dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang
buruk.”
Published with Blogger-droid v2.0.3

Tidak ada komentar:

Posting Komentar