Kamis, Januari 05, 2012

Pengertian Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Part

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya:
"Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya" ( Surah Al Baqarah :30 )
Diciptakan manusia oleh Allah dimukabumi bukanlah hanya untuk
bersenang- lenang mengecapi tipu daya dunia, tetapi Allah telah datangkan
manusia ini di muka bumi sebagai khalifah NYA untuk mentadbir dunia ini
agar mematuhi hukum- hakam dan peraturan yang telah Allah tetapkan.
Allah sahaja yang layak menentukan peraturan bagi setiap ciptaan NYA.
Ibarat sebuah televisyen jenama SONY, adalah mustahil manual pengguna
dari jenama SAMSUNG digunapakai oleh pengguna untuk mengoperasikan
peralatan tersebut. Begitu jugalah dunia dan alam ini, ianya ciptaan Allah,
maka Allah sahajalah yang selayak menentukan peraturan yang wajib
dipatuhi oleh makhluk ciptaan NYA. Peraturan selain dari apa yang Allah
telah tetapkan adalah peraturan yang tidak mampu menyelesaikan
permasalahan hidup manusia. Manusia kini kerana keegoan, mereka
menilai sesuatu bukan menggunakan neraca hukum-hakam yang telah
Allah sediakan, sebaliknya mereka menggunakan rasa naluri keseronokan
nafsu ke atas duniawi sebagai kayu pengukur kebenaran dan kebatilan.
Sebab itu tidak hairan di dunia kini, kita dapat saksikan dengan mata
kepala kita sendiri, apabila hukum- hakam Allah diketepikan, dan peraturan
ciptaan akal fikiran manusia yang lemah digunapakai, maka lahirlah
kerosakan di lautan dan didaratan oleh hasil tangan manusia itu
sendiri.Segala -galanya ialah kerana mereka tidak mahu menghukum
dengan hukum- hakam yang telah Allah tetapkan. Hukum-hakam inilah
diertikan dengan syariat.
Syariat ialah hukum hakam Allah atau peraturan- peraturan yang telah
Allah tetapkan melalui firman NYA di dalam Al Quran dan disampaikan
oleh Sunnah Rasulullah SAW.
Untuk lebih mudah difahami dan diamalkan oleh umat yang terkemudian,
syariat yang menjadi peraturan atau hukum hakam Allah yang terkandung
didalam Al Quran & Sunnah Rasulullah SAW , telah diterjemahkan oleh
ulamak Imam mazhab yang empat dan diberi contoh dengan qias. Adapun
hukum syariat itu terbahagi kepada lima. Setiap tindak tanduk, amal
perbuatan dan percakapan dalam kehidupan sehari-harian kita tidak
terlepas dari 5 hukum syariat ini. Kelima- lima hukum dalam syariat itu
adalah seperti berikut :
1. Wajib = dibuat dapat pahala, ditinggalkan berdosa, kedudukannya
MESTI buat
2. Sunat = dibuat dapat pahala, ditinggalkan tak mengapa . kedudukannya
ELOK buat
3. Haram = dibuat berdosa, ditinggalkan dapat pahala, kedudukannya
MESTI tinggal
4. Makruh = ditinggalkan dapat pahala, dibuat tak mengapa,
kedudukannya ELOK tinggalkan
5. Harus = dibuat atau ditinggalkan dosa tak dapat, pahala pun tak dapat,
kedudukannya terpulang pada diri sendiri tempoh 5 syarat ibadah , beroleh
pahala. Lima syarat tersebut ialah :
a) Niat mesti betul
b) Perlaksanaan mesti selaras dengan syariat
c) Natijah mesti betul tidak bertentangan syariat
d) Perkara yang dibuat dan dilaksanakan dibenarkan oleh syariat
e) Tidak meninggalkan ibadah yang asas
Apabila Syariat menyuluh/ mengatur hal ehwal keyakinan dan keimanan,
dinamakan Usuluddin / Tauhid. Apabila Syariat menyuluh hal ehwal
lahiriah, peraturan yang zahir, dinamakan Feqah. Dan apabila Syariat
menyuluh / mengatur hal ehwal hati , sifat-sifat hati, dinamakan Tasauf/
Akhlak
Inilah yang disebutkan di dalam Hadis Rasulullah SAW berkenaan Iman,
Islam dan Ihsan.
Dari Umar Ibnul- Khattab r.a , katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis
bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba- tiba mucul di dalam majlis
itu seorang laki- laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam,
tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang
mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan
kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua
tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu
hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah
bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan
menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar
katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku
sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah
engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya , Kitab- KitabNya,
Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir
Allah yang baikNya atau yang burukNya. Sipemuda : Benar katamu !
Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau
menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak
dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah
orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda- tandanya ? Rasulullah :
Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau
melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing
( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar
keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda
wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab :
Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang
telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
( Sahih Bukhari )
Maka sebagai khalifah Allah yang telah diamanahkan untuk melaksanakan
hukum-hakam Allah dimukabumi, tanngungjawab ke arah perlaksanaan
hukum syariat tersebut hendaklah dilaksanakan. Perlaksanaan hokum
syariat dari perkara yang remeh temeh seperti qadha hajat hinggalah ke
aspek kehidupan yang lain seperti membangunkan institusi kekeluargaan,
pendidikan, ekonomi dan kenegaraan. Perlaksanaan hukum syariat ini
adalah WAJIB bagi setiap muslim. Barangsiapa yang tidak menghukum
dengan hukum- hakam atau peraturan yang telah Allah tetapkan, maka
akan jatuh ke atas mereka salah satu dari tiga hukum iaitu FASIQ, ZALIM
atau KAFIR wal iyazubillahi min zalik
Maka kesimpulannya, SYARIAT lah yang menjadi kayu ukuran dan piawai
untuk menilai sejauh mana benar sesuatu amalan, sejauh mana kebenaran
sesuatu keprcayaan, sejauhmana kebenaran sesuatu amal perbuatan,
perkataan dan sebagainya. Inilah neraca yang perlu digunakan oleh umat
Islam dalam menempuh kehidupan di dunia menuju ke negara akhirat
yang kekal abadi. Syariat inilah yang menjadi titik tolak dalam kita
mengatur setiap langkah-langkah menyelusuri perjalanan ke arah
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Jika Syariat diabaikan, walau pun kita mengaku pandai, kita mengaku
hamba Allah, walau kita mengaku pejuang Islam, walau kita mengaku ahli
tarikat, mengaku ahli hakikat dan ahli makrifat, mengaku waliyullah dan
sebagainya, pengakuan kita hanyalah sia-sia. Tiada nilai disisi Allah SWT.
Published with Blogger-droid v2.0.2

Tidak ada komentar:

Posting Komentar